Tuesday, June 15, 2010

Pada Pandangan Saya

Sekarang ni kalau turun di kampung-kampung, agak kecoh pasal hal subsidi. Semua kerana gara-gara si Pak Menteri cakap negara akan bankrap kalau hal subsidi tidak diuruskan dengan baik atau dimansuhkan.


Macam biasa, juak-juak pembangkang terus menyerang kampung-kampung dan memainkan peranan mereka. Habis dicanang seluruh kampung dengan mengatakan bahawa Kerajaan zalim, jahat dan sebagainya sebab ura-ura pemansuhan subsidi.


Macam biasa, bila ada hal sebegini rupa, saya perlu berfikir sebelum bagi pandangan. ada juga kawan-kawan yang bertanyakan hal ini dan mengatakan kerajaan silap sebab umumkan sebelum PRU 13. Bagi saya pula, apa sahaja pengumuman kerajaan berhubung soal ini samada sebelum atau selepas PRU tetap akan memberikan kesan.


Paling penting,adalah cara kita menafsir sesuatu tindakan. Maka, terfikirlah saya kaitan subsidi dengan hal anak-anak muda yang terjerumus ke lembah dosa.


Jika diperhatikan, antara golongan terbesar penerima subsidi adalah i) pengguna jalanraya - subsidi petrol, ii)petani - subsidi baja, iii)nelayan - diesel. Ini yang saya rasakan golongan terbesar.


Berbalik pula pada perenggan kedua saya yang menyatakan bahawa "juak-juak pembangkang menyerang kampung-kampung". Ramai orang-orang kampung terpengaruh dan mula mempersalahkan kerajaan. Juak-juak pembangkang bergembira kerana umpan menjadi.


Tetapi sedarkah mereka bahawa subsidi-subsidi berkenaanlah yang menyebabkan ramai anak-anak muda terjerumus ke lembah dosa?


30 tahun dahulu, pendapatan per kapita rakyat Malaysia bagi rantau asia adalah di tangga nombor 2. Kita berada dibelakang Korea. Taiwan, Singapura, Thailand, berada jauh dibelakang kita. Tetapi hari ini, pendapatan per kapita rakyat Malaysia hanya sekitar USD7000 dan sebenarnya tidak banyak berubah daripada 30 tahun dahulu. Sebabnya, kita terlalu banyak memberikan subsidi.


Disebabkan kampung-kampung tidak banyak mewujudkan sumber ekonomi, maka ramai anak-anak muda berhijrah. Kebanyakan mereka bekerja di sektor swasta. Maka, disebabkan negara kita ini terlalu bergantung pada subsidi, maka gaji anak-anak muda ini hanya sekitar RM800 minimum dan RM2000 maksimum.


Bila tiba masa, anak-anak muda ini hendak berkahwin. Tetapi apakan daya duit tidak mencukupi dan tidak mampu untuk menampung kos. Akhirnya, mereka melakukan zina dan terjerumus ke lembah dosa.


Inilah akibatnya apabila subsidi diberika terlalu banyak kepada orang-orang tua di kampung. Mereka dapat subsidi tetapi anak-anak muda mendapat dosa.


Bayangkan jika subsidi ditarik semula. Pertama, harga pasaran dapat ditingkatkan. Petani-petani atau nelayan boleh menjual produk mereka mengikut harga semasa.


Kedua, gaji anak-anak muda yang berhijrah dapat ditingkatkan. Mereka akhirnya mampu berkahwin dan terlepas dari membuat dosa.


Ketiga, pendapatan per kapita rakyat dapat ditingkatkan ke satu tahap yang lebih tinggi.


Akhirnya, apa yang saya ingin sampaikan ialah, sedarlah bahawa salah satu punca berlakunya gejala sosial adalah disebabkan adanya subsidi yang menyebabkan anak-anak muda tidak boleh mendapat gaji yang setimpal.


Jadi, pada pandangan saya, lebih baik dimansuhkan subsidi supaya generasi muda dapat bergerak ke arah yang lebih baik.

Tuesday, May 4, 2010

Anwar : No More Delaying Tactics, OK?

Tuduhan liwat kekal, rayuan akhir Anwar ditolak mahkamah
04/05/2010 1:20pm


PUTRAJAYA 4 Mei - Mahkamah Persekutuan di sini hari ini memutuskan pertuduhan liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim kekal setelah rayuan akhirnya ditolak. - Utusan


Ulasan saya :


Moga-moga saiful bukhari mendapat pembelaan sewajarnya. Saya dah dengar penjelasan Sheikh Dr Yusuf Al Qadarawi yang kununnya membela Anwar Ibrahim dalam isu liwat. Seperti blogger yang lain, saya memang tak berpuashati dengan Dr. Yusuf sebab ulasan dia berat sebelah. Dia tak mencerminkan keperibadian sebagai seorang ulama' sebab tidak mendengar penjelasan daripada kedua-dua belah pihak.


Tambahan pula, si penterjemah pula nampak sangat berat sebelah. Tuan kena ingat, sekiranya anak perempuan tuan dirogol, adakah tuan akan membiarkan sahaja si perogol berkeliaran diluar hanya semata-mata untuk menutup aib si perogol?


Apa-apa pun, semoga Saiful terus tabah. Walaupun banyak pihak menentang anda, ada lagi ramai pihak yang menyokong anda!!Justice for Saiful!!!

Isu PETRONAS : Jangan selindung apa-apa


Isu yang tengah hangat selain isu Allahyarham adil aminulrasyid adalah isu PETRONAS terutamanya kisah terlepasnya wilayah minyak yang sangat berharga. Boleh baca disini dan disini


Lagi satu kisah adalah isu lantikan bekas Naib Presiden PRM, Sheryll Stothard sebagai GM Komunikasi dalam PETRONAS.baca disini. Masalahnya, dia ni sangat-sangat membenci kerajaan. Tapi macam mana orang macam dia ni boleh dilantik pula sebagai GM Komunikasi di Petronas?


Juga, tidak ketinggalan adalah isu sempadan daerah Limbang yang masih dalam perhatian Brunei. Ini melibatkan wilayah negara. Jangan terlepas seperti yang berlaku pada Pulau Batu Putih.


Semua yang berlaku adalah dalam pentadbiran Pak Lah. Harap-harap DS Najib dapat memikirkan penyelesaian terbaik terhadap ketiga-tiga masalah di atas. Graf DS Najib baru nak naik. Jangan disebabkan gagal menyelesaikan isu berkenaan, jatuh merudum DS Najib punya graf.


Dulu, saya pernah bercakap dengan seorang kawan baik. Tolong tengok hubungkait antara Kalimullah, Singapore yang melibatkan KJ dan Pak Lah. Hentikanlah mana-mana yang nampak sumbang. Tapi tiada respon. Akibatnya, PRU 12, BN macam haram dia punya result.


Sekarang, timbul lagi isu melibatkan Kalimullah, KJ dan Pak Lah. Seperti orang lain, kami nak tengok penyelesaian terbaik yang mendatangkan manfaat pada negara dan Kerajaan. Kalau perlu tubuhkan Suruhanjaya Diraja, jalan terus. Jangan tangguh-tangguh sampai pembangkang ambil kesempatan lagi.

Monday, May 3, 2010

Dahsyatnya Projek Fitnah PAS











Sejak dulu lagi, kita selalu dengar daripada pimpinan PAS yang selalu memfitnah UMNO/BN. Juak-juak PAS pula akan bertakbir setiap kali fitnah tersebut dinyatakan. Tak kira tempat, masjid, surau atau di tempat-tempat awam.


Dahsyat sungguh.


Bila UMNO/BN nafikan, jangan harap la diaorang ni percaya. Juak-juak ni mengaku pejuang Islam. Tapi bila masuk bab hukum agama, mana yang bagi keuntungan pada parti, diaorang akan amalkan. Dalam kes liwat Anwar, juak-juak PAS ni menuntut supaya hukum Islam digunapakai iaitu 4 orang saksi. Tapi dalam isu fitnah UMNO/BN, tak perlu 4 orang saksi. DS Najib, DS Rosmah adalah contoh mangsa fitnah mereka. Tak perlu selidik dan melalui 4 orang saksi, korang dah percaya bulat-bulat. Pakai saja hujah-hujah fitnah pemimpin pembangkang, walaupun si Tian Chua, Lim Guan Eng atau Nga Kor Ming, pasti mereka akan percaya 100% dan bertakbir.


Lebih dahsyat lagi, rupa-rupanya operasi fitnah PAS ni ada peruntukan yang besar. RM 4 juta. baca disini


Bayangkan, kalau projek Kerajaan Pusat yang bernilai RM4 juta dan dilaksanakan untuk kebaikan rakyat dikatakan membazir oleh juak-juak pembangkang. Tapi untuk projek fitnah bernilai RM4 juta anjuran PAS semata-mata untuk memburukkan pemimpin Kerajaan, bukan satu pembaziran bagi mereka malah dihalalkan!


Anda mengenepikan kepentingan rakyat. Rakyat menderita. Bantuan-bantuan tidak disalurkan. Rakyat mengadu tetapi tidak diendahkan. Patutlah, rupa-rupanya peruntukan tersebut telah disalurkan kepada projek fitnah (mungkin?).


PAS mengaku menganjurkan Islam untuk kebaikan Ummah didunia dan akhirat, tapi secara senyap-senyap mereka menjalankan operasi fitnah. Malahan, projek fitnah ini dibiayai oleh pemimpin mereka. Perkara ini diakui oleh seorang pemimpin mereka.


Wahai pemimpin dan juak-juak PAS. Anda mengaku anda lebih Islam daripada orang lain, tetapi anda menganjurkan fitnah yang maha dahsyat. Islam cara apakah ini? Anda terlalu ghairah berpolitik sehinggakan semua perkara sudah tidak dapat dibezakan baik buruknya.


Paling sedih, anda sanggup mengeluarkan belanja yang besar semata-mata untuk menyebarkan dakyah secara fitnah!

Friday, April 30, 2010

Kenapa Dipertikai Status Ibu & Bapa Nabi S.A.W

Saya sangat terkejut dan sedih kerana Utusan Malaysia telah menyiarkan artikel dalam ruangan Bicara Agama tentang status ibu dan bapa Nabi S.A.W yang dikatakan oleh penulis artikel tersebut sebagai bukan Muslim berdasarkan hadis-hadis.baca disini


Saya tidak mengetahui tentang artikel tersebut sehinggalah ketika sedang mendengar khutbah di sebuah masjid di Taman TAR, Ampang dimana khatib tersebut menyatakan rasa kesal yang amat sangat berhubung penerbitan artikel yang berkenaan.


Khatib berkenaan dengan lantang telah menyebut nama Utusan Malaysia dan membawa sekali keratan artikel berkenaan sebagai bukti dan meminta para jemaah membacanya apabila selesai Solat Jumaat.


Khatib berkenaan juga telah memberikan nas-nas yang ada dalam Al-Quran dan juga pandangan beliau yang menyatakan bahawa :
1) ibu bapa Nabi SAW adalah Muslim
2) perbahasan mengenai isu tersebut diatas adalah tidak wajar kerana pastinya akan melukai perasaan Rasulullah S.A.W
3) isu ini mengundang persepsi yang tidak bagi terhadap nasab Rasulullah S.A.W terutamanya ibu dan bapa baginda. Secara terang-terangan dan jelas bahawa penulis berkenaan telah membuat kesimpulan bahawa ibu dan bapa nabi adalah kafir berdasarkan hadis-hadis yang dibaca oleh beliau.


Saya bersetuju dengan khatib yang berkenaan. Apabila saya ajukan perkara ini kepada rakan-rakan yang arif tentang agama, mereka juga memberikan pendapat yang serupa dengan tuan khatib.


Untuk makluman juga, pada minggu-minggu yang akan datang, khatib berkenaan akan terus berkhutbah mengenai status ibu bapa Nabi S.A.W sehinggalah isu ini diselesaikan.


Utusan Malaysia perlu lebih bertanggungjawab berhubungkait artikel-artikel yang dikeluarkan. Fikir dulu perasaan orang lain dan masyarakat. Sekarang ini persepsi masyarakat terhadap ibu dan bapa Nabi S.A.W telah berubah sebaik sahaja artikel berkenaan dibaca. Saya faham bahawa pihak Utusan hanya akan katakan bahawa itu adalah jawapan daripada penulis artikel berkenaan terhadap soalan yang dikemukakan. Tetapi bukankah pihak Utusan mempunyai kuasa veto untuk membatalkan mana-mana penerbitan yang boleh menimbulkan kontroversi?


Bayangkan juga, Utusan ini sinonim dengan UMNO/Kerajaan. Pasti pihak pembangkang akan gunakan isu ini sewaktu berceramah dengan mengatakan bahawa UMNO/Kerajaan ini jahil dan sebagainya walaupun sebenarnya Kerajaan tidak terlibat langsung.


Tolonglah, jangan hanya kerana nak naikkan rating jualan (mungkin?), anda memilih jalan kontroversi. Pesan saya, sila bincang dahulu tentang sesuatu perkara yang boleh menimbulkan kontroversi sebelum diedarkan untuk tatapan umum.

Kes Allahyarham Aminulrasyid : Biarlah Adil Kepada Semua Pihak

Al-Fatihah buat Allahyarham Adik Aminulrasyid. Takziah juga kepada keluarga Allahyarham. Buat si ibu, saya minta supaya banyak-banyak bersabar. Ini ujian Allah yang maha berat. Saya pun tak pasti samada saya mampu untuk jadi seteguh ibu. Apapun, saya amat-amat bersimpati dengan ibu.


Ketua Polis Negara pun dah keluarkan kenyataan. Kita tengok macam mana hasil siasatannya nanti.


Benar, polis juga punya hak untuk mempertahankan diri. Seperti kata bapa mertua saya yang juga merupakan bekas anggota polis, hakikatnya pihak polis tidak boleh dipersalahkan 100%. Dalam kes polis vs penjenayah @ suspek penjenayah, persoalannya adakah polis hanya dibenarkan untuk menembak selepas diserang? Secara berjenaka,kata bapa mertua saya "takkan bila polis dah luka-luka sebab kena tembak, putus tangan sebab kena libas dengan parang atau dah patah tulang akibat dilanggar kereta, baru dibenarkan untuk tembak si penyerang?".


Saya fikir pun ada logiknya. Cuma, dalam kes ini ada perbezaan. Dalam versi pemahaman saya berdasarkan laporan surat khabar, si mati tidak keluar dari kereta. Hanya cuba mengundurkan kereta bagi melarikan diri. Kereta berkenaan mungkin hampir terlanggar si polis. Sudah jadi takdir, si polis merasakan nyawanya terancam dan ambil keputusan tembak.


Persoalan ramai pihak, kenapa tembak tepat ke arah pemandu? Bukankah boleh tembak di tayar kereta atau ke udara? Secara logik akal, semua orang akan takut bila terdengar bunyi tembakan pistol dan pastinya akan berhenti daripada melakukan sesuatu tindakan yang boleh mengancam nyawa sendiri.


Saya berharap agar Menteri Dalam Negeri ambil keputusan yang terbaik untuk membela sesiapa sahaja yang terlibat dalam kes ini. Samada si mati atau anggota polis berkenaan. Saya tidak boleh campur tangan. Cuma pandangan saya, biarlah hilang seorang penjawat awam daripada hilang kepercayaan seluruh anggota masyarakat terhadap Kerajaan.

Thursday, April 29, 2010

Amaran Keras Oleh Sultan Selangor Kepada Orang-Orang Yang Keras Kepala

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang bertegas supaya penggunaan masjid dan surau di Selangor bebas daripada sebarang penyebaran dakyah politik perlu ditaati oleh semua pihak. Mana-mana pihak yang merasakan titah baginda tersebut adalah karut dan merupakan tinggalan penjajah, moga-moga jangan jejakkan kaki anda ke Negeri Selangor.


"Di sini, Beta ingin mengambil kesempatan untuk memberi penjelasan terhadap titah Beta supaya tidak menggunakan masjid dan surau di Selangor sebagai tempat berpolitik kerana ada sesetengah ahli politik mempertikaikan titah Beta itu dan menganggapnya sebagai karut dan peninggalan penjajah. Sekiranya masjid dan surau dibiarkan untuk digunakan sebagai pentas kempen politik adalah dikhuatiri ia akan disalah gunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dengan melakukan perbuatan yang boleh mencemar kesucian masjid seperti caci-mencaci, fitnah-memfitnah, tohmahan yang tidak berasas, memburukkan keperibadian seseorang dan sebagainya," titah Baginda. (Sumber: Malaysiakini).


Kepada Menteri Besar Kelantan, anda makan cili dan anda rasa pedasnya. Jangan main cakap ikut sedap mulut je. Sampaikan laungan azan sendiri dikatakan politik. Inilah akibatnya bila anda tidak dapat pisahkan antara politik dan keperluan perpaduan ummah.


Kepada Dr. Hasan Ali pula, sila-silakanlah mengadap Sultan Selangor untuk bagi penjelasan tentang khutbah Jumaat anda. Sudah terang lagi bersuluh, apa yang anda sampaikan tempohari berbaur politik. Anda bukan berkhutbah, tetapi berceramah. Kalau berkhutbah, makmun tidak boleh bercakap langsung. Sudah terbukti, juak-juak anda bertakbir menyokong ceramah anda di masjid berkenaan!!!